Kembali ke senarai galeri foto
Stakeholders Dialogue (Women, Youth & Grassroots)
Lain-Lain 10 August 2022 Dewan Kristal, KPKTPERSADA dijemput bersama dengan lebih 30 organisasi yang telah menyertai Stakeholders Dialogue (Women, Youth & Grassroots) anjuran URBANICE Malaysia bersama rakan global UN- Habitat.
Buat pertama kalinya 3 kumpulan ini berkumpul dalam satu ruang untuk membincangkan topik
“Solusi bandar berpaksikan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik” (People-centred Solutions. Better Urban Future).
Tindakan, kerjasama dan solusi yang berpaksikan rakyat dalam membina kapasiti pemegang taruh diperlukan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran bandar di masa akan datang.
Dalam pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030, terdapat keperluan untuk berdialog secara produktif selain perkongsian solusi yang cepat dan transformatif.
Hasil perbincangan pada hari ini telah dibentangkan kepada YBhg. Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif, Pengarah Eksekutif UN Habitat. YBhg. Dato’ Seri Maimunah juga turut berkongsi solusi dan pengalaman bersama stakeholders antarabangsa yang beliau telah terlibat.
Disamping itu, YBhg Dato Dr. Madeline Berma turut membuat rumusan keseluruhan sesi hasil perbincangan 3 kumpulan utama tersebut yang akan dijadikan fokus perbincangan di Malaysia Urban Forum (MUF2022) pada bulan Oktober nanti.