PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (PERSADA)
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia atau ringkasnya PERSADA telah ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur [Sijil Bil: 1229/91 (Wilayah Persekutuan)].
Objektif PERSADA :-
- Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli;
- Menyatu dan menyalurkan tenaga ahli;
- Meluaskan pengetahuan dan pemahaman;
- Memupuk perasaan berpersatuan di kalangan ahli dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi;
- Meningkatkan lagi imej bidang perancangan bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa menjadi salah satu bidang yang terpenting dalam pembangunan negara; dan
- Memupuk kerjasama serta perhubungan erat dengan perkhidmatan atau persatuan lain dalam sektor awam dan swasta yang mempunyai persamaan dari segi dasar dan pertubuhan.
Ahli-ahli persada terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang berkhidmat (ahli biasa) serta yang telah bersara (ahli pesara).