Kembali ke senarai galeri foto
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL TAHUN 2023
Mesyuarat / Persidangan 14 July 2023 Kuala LumpurPresiden PERSADA yang juga Penolong Setiausaha Kewangan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P) telah menghadiri Mesyuarat MBK P&P Tahun 2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Mesyuarat turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis MBK P&P Pihak Pekerja serta KSU dan pegawai kanan daripada Kementerian-Kementerian berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan.
Selain pembentangan dan perbincangan terhadap kertas-kertas kerja yang dibawa oleh Pihak Pekerja, perkara-perkara berbangkit berkaitan kajian semula sistem saraan Penjawat Awam, pelaksanaan arahan dan pekeliling, isu-isu semasa dan kebajikan Penjawat Awam telah dibincangkan antara Pihak Pekerja dan Pihak Pegawai.