Kembali ke senarai galeri foto
MASTERCLASS KEPERLUAN PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA YANG MEMATUHI PERUNDANGAN DAN PERATURAN SEMASA
Mesyuarat / Persidangan 21 February 2024 PutrajayaPutrajaya, 21 Februari 2024 - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menganjurkan program MasterClass Keperluan Penyediaan Penginapan Pekerja Yang Mematuhi Perundangan Dan Peraturan Semasa bertempat di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Sesi yang diadakan ini telah disertai oleh 120 peserta dari pelbagai organisasi seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta yang melibatkan perunding perancang bandar, arkitek, pemaju hartanah, dan lain-lain peserta.
Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. TPr. Dr Alias Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa yang juga merupakan Penaung PERSADA.
MasterClass ini telah melibatkan tiga panel pembentang yang terdiri daripada wakil Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) oleh Puan Siti Rohayi binti Mohd, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) oleh Encik Meor Syahrizan bin Sha@Meor Sha dan wakil dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia oleh TPr Mohd Zainuddin bin Jumaat serta dimudah cara oleh Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain, Presiden PERSADA. Pembentangan dan perbincangan merangkumi aspek-aspek penting berkaitan keperluan penginapan pekerja.
PERSADA dan PLANMalaysia ingin merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang telah hadir dan terlibat secara aktif di dalam sesi MasterClass pada hari ini. Semoga sesi ini dapat menjadi pemangkin kepada penyediaan Penginapan Pekerja yang lebih berkualiti di masa akan datang.