TAKLIMAT PERSADA KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU PLANMALAYSIA
02.01.2024
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah dijemput oleh Seksyen Sumber Manusia PLANMalaysia untuk memberi taklimat kepada pegawai-pegawai lantikan baharu J41 di dalam Kursus Orentasi Pegawai Lantikan Baharu PLANMalaysia Siri 1 Tahun 2024.
Taklimat telah disampaikan oleh Presiden PERSADA, Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain yang merangkumi latar belakang persatuan, objektif penubuhan, jenis-jenis keahlian, yuran keahlian dan insentif persatuan, senarai Ahli Jawatankuasa serta senarai program-program yang pernah dianjurkan oleh PERSADA. Taklimat ini turut dihadiri AJK Biro Kebajikan PERSADA, En Zulikram bin Zulibrahim (Pegawai Perancang Bandar MBMB).
PERSADA mengucapkan tahniah kepada mereka di atas perlantikan ini dan mendoakan semoga pegawai-pegawai baru ini dapat memberi khidmat bakti yang terbaik kepada kerajaan serta rakyat Malaysia.