TABUNG PEDULI PALESTIN - PERSADA
03.01.2024
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) berbesar hati menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach Malaysia) bagi Tabung Selamatkan al-Aqsa, Gaza & Palestine. Majlis penyerahan mock cheque telah disampaikan oleh Presiden PERSADA, Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain kepada wakil iReach Malaysia, Encik Muhammad Amirul Aiman bin Azril di Pejabat PERSADA Kompleks F Putrajaya. Majlis juga turun dihadiri oleh Bendahari dan Ahli Jawatankuasa PERSADA.
PERSADA sebelum ini telah membuat kempen bagi mengumpul dana sumbangan daripada ahli dan orang ramai melalui Tabung Peduli Palestin dan berjaya mengumpul lebih RM4,000 dan pihak PERSADA membuat tambahan daripada akaun persatuan bagi mencukupkan sumbangan kepada RM5,000. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.
PERSADA berharap dengan sumbangan ini, kita bersama-sama dapat membantu pihak iReach Malaysia dalam menyokong usaha mereka melalui program serahan ‘Ready to Eat Food’ serta ‘Food Basket’ kepada penduduk Gaza yg dilaksana oleh mereka sejak Oktober 2023.