Sesi Libat Urus kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Kluster Teknikal
21.09.2023
Presiden PERSADA telah menghadiri Sesi Libat Urus kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Kluster Teknikal mewakili KP Perancangan Bandar dan Desa selaku Ketua Perkhidmatan Skim Pegawai dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
Sesi libat urus ini yang dipengerusikan oleh KSU KKR selaku Ketua Kluster Teknikal telah dihadiri oleh 11 ketua perkhidmatan atau wakil bagi membincangkan penemuan sesi libat urus sebelum ini yang telah dihadiri hampir 700 anggota perkhidmatan awam kluster teknikal. Semua aspek kajian termasuk perjawatan dan organisasi, struktur gaji, elaun, pengurusan kemajuan kerjaya dan lain-lain telah dibincangkan secara teliti.
Antara usul yang telah dibangkitkan oleh Presiden PERSADA adalah :
- Kenaikan pangkat secara time-based
- Kadar kenaikan gaji tahunan secara peratusan berdasarkan gaji asas.
- Mengembalikan pekeliling kenaikan pangkat secara Subject Matter Expert (SME)
- mewujudkan gred J42 bagi memberi peluang kenaikan pangkat kumpulan pelaksana ke kumpulan pengurusan dan profesional.
- Mewujudkan Elaun Teknikal
- Mewujudkan lebih banyak jawatan kader di jabatan/kementerian berkaitan
- Mewujudkan gred J56
- Menambah bilangan Pegawai dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa di semua PBT (kajian lanjut akan dijalankan)
- dan perkara-perkara lain berkaitan.