SUMBANGAN IHYA RAMADHAN PERSADA
SUMBANGAN IHYA RAMADHAN PERSADA
Ampang, 5 April 2024 - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) berbesar hati menyalurkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Al-Rahmah, Ampang.
Majlis penyerahan mock cheque telah disampaikan oleh Presiden PERSADA, TPr Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain kepada Puan Sakinah selaku pengurus Bayt Al-Rahmah di premis mereka di Ampang. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Biro Kebajikan PERSADA, Encik Mohamad Naim bin Mohammad Ali serta tiga lagi Ahli Jawatankuasa PERSADA iaitu TPr Zuraina binti Said, Encik Muhammad Harith bin Ismail serta Encik Mohd Nor Afif bin Osman.
PERSADA sebelum ini telah membuat kempen bagi mengumpul dana sumbangan daripada ahli dan orang ramai melalui Tabung Ihya Ramadhan 1445 dan berjaya mengumpul lebih RM2,000 dan pihak PERSADA membuat tambahan daripada tabung PERSADA Prihatin (dibuka sepanjang tahun) bagi mencukupkan sumbangan kepada RM3,000. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. ??
PERSADA berharap dengan sumbangan ini, kita sama-sama dapat membantu pihak rumah perlindungan ini dalam menyokong usaha mereka memberi sokongan dan pemulihan kepada mereka yang memerlukan.
#persadaforall
#BeOkWithUs
#persadaprihatin
#ihyaramadhan
