MESYUARAT AGUNG PERSADA 29
Mesyuarat Agung PERSADA Kali Ke-29
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (AGM PERSADA 2022) telah berjalan dengan jayanya pada hari ini jam 9.30 pagi, 26 Mac 2024 secara atas talian dan telah dihadiri oleh 140 orang ahli PERSADA.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, selaku Penaung PERSADA. Di antara amanat utama Penaung, beliau menekankan kepentingan ilmu pengetahuan perancangan bandar di peringkat global ataupun kandungan dasar-dasar utama negara yang berkaitan dengan perancangan fizikal negara, building climate-resilient cities, bandar pintar, sains & analisis geo-bencana, agenda mampan dan daya huni negara.
Beliau turut menyatakan keperluan kerjasama yang berterusan bersama PLANMalaysia, PERSADA, MIP, LPBM dan PETA.
Mesyuarat pada hari ini dimulakan oleh Setiausaha sepertimana Fasal 9(1), Perlembagaan PERSADA dan pengesahan minit AGM ke-28 yang lalu. Seterusnya ucapan pembukaan dan ‘report card 2023’ iaitu pelaporan aktiviti sepanjang tahun 2023.
Bendahari turut membentangkan laporan kewangan PERSADA berakhir 31 Disember 2023 dan telah diterima oleh ahli tanpa bantahan pada mesyuarat kali ini.
Mesyuarat telah ditangguhkan tepat pada pukul 12.00 tengahari dengan menerima lebih 10 usul dan diteruskan dengan acara 25 cabutan bonanza dan 5 cabutan grand bonanza istimewa untuk semua ahli PERSADA yang hadir pada AGM 29 ini.
Sehingga berjumpa lagi pada AGM 30 tahun hadapan!
#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#AGMPERSADA29