KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA DELEGASI PERSATUAN ARKITEK SEKTOR AWAM MALAYSIA
19.01.2024
KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA DELEGASI PERSATUAN ARKITEK SEKTOR AWAM MALAYSIA
Putrajaya, 19 Januari 2024 - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) telah menerima kunjungan daripada Delegasi Persatuan Arkitek Sektor Awam Malaysia (ArSa Msia) (Pro-tem Committee) bertempat di Bangunan PLANMalaysia, Putrajaya.
Delegasi ArSa Msia ini yang diketuai oleh En. Massrol Nizzam bin Md Salleh selaku Timbalan Presiden serta 3 orang AJK (Pro-tem Committee). Perbincangan selama 2 jam ini telah dipengerusikan oleh Presiden PERSADA dan disertai oleh Bendahari serta 4 orang AJK PERSADA. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah berkaitan keahlian, perlembagaan, objektif, aktiviti serta peranan kedua-dua persatuan dalam mengangkat martabat profession teknikal di peringkat tertinggi.
Jalinan kerjasama yang bermula pada hari ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang melalui sesi kolaborasi dan aktiviti yang akan direncanakan bersama.